19 April 2023 – Skuad Moreh I-Medik Kuala Lumpur sempat menyantuni beberapa golongan asnaf sekitar Lembah Pantai. Sebanyak 12 keluarga terpilih telah diberikan barang keperluan asas sebagai persediaan menyambut hari raya.
Skuad Moreh I-Medik Kuala Lumpur diketuai oleh Dr Faezuddin Hariz, Pengerusi I-Medik Kuala Lumpur.
Semoga bantuan ini dapat sedikit sebanyak membantu meringankan dan menggembirakan mereka.
Sekiranya anda ingin menyumbang, boleh salurkan melalui akaun Maybank I-MedikCare di nombor 5628 3463 5104.
Dr. Faezuddin Haris menyampaikan bantuan berbentuk barangan keperluan kepada penduduk dari kategori asnaf di Lembah Klang.
#SkuadMoreh
#IMedikKL