Terdapat beberapa insiden di mana vaksin diragui telah diberikan dengan betul / tidak diberikan langsung.
Sebagai seorang petugas Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Universiti, saya mencadangkan beberapa proses dilakukan untuk meminimakan kesalahan di kedua-dua pihak iaitu pemberi vaksin (Vaccinator) dan penerima vaksin. Bahkan di sesetengah PPV, ini diamalkan.
1. Vaccinator perlu menerangkan dan menunjukkan vaksin disedut dari vial@ampule (botol kecil) depan penerima vaksin. Cucuk dan kemudian tunjuk picagari kosong kepada penerima vaksin. Penerima vaksin boleh mengingatkan vaccinator andai dia terlupa.
2. Selepas dicucuk, penerima vaksin akan pergi ke stesen pemerhatian dan pendaftaran proses vaksinasi telah selesai. Di stesen ini juga direkodkan di bilik mana penerima vaksin telah ambil suntikan. Jadi ada rekod.
3. Apabila tamat sesi pada hari tersebut, pihak pusat vaksinasi akan menyemak rekod bilangan mereka yang datang, mereka yang beri kebenaran dengan bahagian farmasi yang akan mengira ampoule kosong tadi supaya sama bilangan dengan setiap bahagian.
Kerana langkah ke-3 melibatkan banyak bahagian (stesen), tidaklah benar dakwaan bahawa vaccinator boleh menyembunyikan vaksin untuk diberi kepada pihak lain. Tanpa pendaftaran, orang yang menerima vaksin secara illegal ini tidak akan menerima sijil vaksinasi dalam sistem MySejahtera.
HUMAN ERRORS
Ada beberapa bahagian
- pendaftaran
- penerima vaksin memberi kebenaran (consent)
- vaccinators
- stesen pemerhatian dan pendaftaran pasca suntikan
Dalam bahagian-bahagian ini, vaccinators yang paling penat kerana mereka banyak berdiri dan terpaksa bongkok selalu untuk mencucuk.
Walaupun kesilapan dalam pemberian vaksin ini memang serius, saya merasakan ia satu human error yang boleh diperbaiki dengan komunikasi yang baik.
Sebarang kesilapan perlu cepat ditangani dan diperbetulkan dan saya rasa perkara ini telah ditangani oleh pihak berkuasa dengan segera.
Agar tidak was-was, kita sentiasa boleh memohon penerangan step-by-step dari vaccinator.