Dialectical Behavioural therapy (DBT) adalah sejenis psikoterapi yang lazimnya diberikan kepada pesakit yang mengalami borderline personality disorder.
Banyak konsep yang diajar dalam DBT, yang secara umumnya bertujuan mengajar pesakit kemahiran mengendalikan emosi.
Ada satu kemahiran yang diajar kepada pesakit dalam teknik DBT ini, namanya Emotional Regulation. Dalam emotional regulation, ada beberapa teknik yang diterapkan, antaranya ialah ‘opposite action’.
Konsep opposite action ini mudah:
Setiap emosi akan menerbitkan tindakan (action urge). Contoh, nampak anjing , kita akan berasa takut dan akan rasa nak lari.
Dalam konsep rasional, action urge ini tepat. Namun dalam konsep penyakit, action urge ini salah. Contohnya, orang yang ada performance anxiety: nampak audience –> takut –> lari (dari performe). Jadi dalam terapi DBT, kita ajar pesakit identify urge action yang rasional dan tidak rasional. Dalam keadaan action urge tidak rasional, rawatannya ialah buat the opposite action.
Tengok audience –> takut –> stay dan teruskan ucapan. Sehinggalah emosi asal (takut ) neutralise dengan sendiri.
Konsep yang sama kita aplikasikan dalam exposure therapy untuk pesakit phobia.
Jadi apa kaitan dengan al-muddathir ya ustaz?
Saya terfikir, bahawa teknik opposite action ini sebenarnya bukan baru. Bukan Marsya Linehan yang cipta (pelopor teory DBT).
Konsep opposite action ini telah terakam dalam Al-Quran, antaranya dalam peristiwa nabi ketakutan selepas menerima wahyu. Dalam keadaan cemas dan takut, nabi balik. Action urge Nabi SAW pada waktu itu ialah berselimut. namun Allah merawat perasaan takut itu dengan opposite action – Bangun!
“Hai orang yang berkemul (berselimut), bangunlah, lalu berilah peringatan (kepada manusia) dan Tuhanmu agungkanlah, dan pakaianmu bersihkanlah, danperbuatan dosa (menyembah berhala) tinggalkanlah! dan janganlah kamu memberi (dengan maksud) memperoleh (balasan) yang lebih banyak. Dan untuk (memenuhi perintah) Tuhanmu bersabarlah. Apabila ditiup sangkakala, maka waktu itu adalah waktu (datangnya) hari yang sulit, bagi orang-orang kafir lagi tidak mudah”. (Al-Mudatthir: 1-10)
Begitulah kebijaksaaan ‘the ultimate therapist’ bagi makhluk bernama manusia – Al-Khaliq. Kerana itu saya sangat percaya bahawa ilmu psikiatri dan psikologi adalah mutiara milik ummat Islam yang tersimpan.
Artikel daripada
Dr Rozanizam Zakaria
Naib Presiden Imedik dan Pensyarah Kuliyyah Perubatan IIUM