#KitaJagaKita

Aktiviti Amal Sunathon 2015 di Klinik Famili Batu Burok

12295442_10208511842981423_4652324427984421339_n

BATU BUROK, 5 DIS 2015: Aktiviti amal Sunathon 2015 yang bertempat di Klinik Famili Batu Burok telah berjaya dijalankan dengan jayanya pada hari ini. Program Sunathon yang merupakan anjuran bersama Pertubuhan Ikatan Pengamal dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) dan Kelab Anak-anak Hebat (Nazim) Kuala Terengganu ini telah menarik penyertaan seramai 30 orang termasuk ibu bapa dan ahli keluarga.

12342569_10208511844581463_8464783105652539252_n

12313952_10208511843781443_7124852968125355483_n

 

 

 

 

 

 

 

 

Program dimulakan dengan majlis perjumpaan dan ramah mesra bersama ibu bapa dan anak-anak Nazim pada sebelah pagi sebelum majlis khatam dijalankan. Di dalam majlis ramah mesra ini, para peserta telah diberikan penerangan mengenai perihal kebersihan anak-anak, kewajipan dan hukum berkhatan bagi anak-anak lelaki muslim.

12316410_10208511843301431_4043107708682091130_n 12294640_10208511844821469_2609324348231357759_n

 

 

 

 

Seramai 10 orang anak-anak telah mendaftar untuk berkhatan bermula jam 9 pagi hingga 12 tengahari. Sembilan orang aktivis dan sukarelawan I-Medik telah menjalankan program berkhatan ini dengan jayanya.Pelbagai gelagat yang mencuit hati dapat dilihat daripada para peserta cilik yang menjalani proses berkhatan tersebut. Program telah diakhiri dengan sedikit jamuan makan.