#KitaJagaKita

๐ˆ-๐Œ๐ž๐๐ข๐ค ๐‚๐š๐ซ๐ž : ๐Œ๐ข๐ฌ๐ข ๐๐ž๐ง๐œ๐š๐ง๐š ๐†๐ž๐ฆ๐ฉ๐š ๐๐ฎ๐ฆ๐ข ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐’๐ฒ๐ซ๐ข๐š

340413544_741234604347335_4946496301993255872_n
Sukarelawan I-Medik, Dr Fatimah binti Rosli dan Dr Muhammad Ikmalย  selamat tiba di Gaziantep, Turki sekitar 8:09 pm waktu Malaysia. Ketibaan disambut oleh wakil NGO ATAA Humanitarian Relief Association (ATAA), Mr. Abou Houda yang turut menjadi pemudah cara bagi wakil I-Medik dan sukarelawan lain untuk masuk ke sempadan Syria.

Para sukarelawan telah dibawa meninjau sekitar Gaziantep bagi melihat skala kesan gempa bumi yang telah terjadi. Masih terdapat banyak khemah-khemah untuk mangsa gempa bumi. Ini disebabkan oleh kebanyakan bangunan-bangunan kediaman dan perniagaan retak dan terpaksa ditinggalkan kerana tidak selamat untuk diduduki.

Sepanjang perjalanan dari sempadan Syria ke Azaz menyaksikan runtuhan bangunan dan khemah kediaman. Namun kelihatan rakyat Syria cuba menjalani kehidupan seperti biasa di celah-celah runtuhan.

Kesan bangunan di Gaziantep selepas kejadian Gempa Bumi