#KitaJagaKita

Tema “Equalize” Bagi Hari Aids Sedunia Adakah Bertepatan Dengan Normal Malaysia Negara Islam?

1 Disember baru ini, Malaysia menyambut hari AIDS (Acquired Immunodificiency Syndrome) sedunia. Sebagaimana yang kita ketahui, penyakit HIV (Human Immunodificiency Virus) yang tidak dirawat boleh berakhir dengan AIDS yang akhirnya mengancam nyawa seseorang individu. Bagi tahun 2021, seramai 1.5 juta rakyat dunia mendapat jangkitan HIV dan setakat 2021 juga, seramai 38.4 juta rakyat dunia hidup dengan HIV.

UNAIDS, salah satu inisiatif antarabangsa meletakkan sasaran bagi mengakhiri epidemik AIDS pada 2030. Pada kali ni mereka menggunakan tema β€˜EQUALIZE’, yang mana di Malaysia juga menggunakan tema yang sama iaitu β€œEqualize: Kesaksamaan untuk kesihatan bagi mengakhiri AIDS”.

Bila kita lihat sekali lalu nampak seperti tiada apa yang mencurigakan. Tetapi apabila dilihat secara lebih mendalam, kempen Equalize oleh UNAIDS ini mengandungi mesej-mesej yang tidak kena dengan status Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Antara komponen mesej yang ingin dibawa oleh UNAIDS adalah mengiktiraf golongan elgibiti yang pada mereka, diskrimanisi terhadap golongan ini telah menyebabkan target mereka untuk mengakhiri AIDS terbantut. Tidak hairan lah apabila baru ini, UNAIDS mengucapkan tahniah kepada Singapura apabila mereka membenarkan hubungan lelaki sesama lelaki (gi).

Inisiatif UNAIDS bagi memberikan rawatan yang sama rata bagi semua penghidap HIV adalah baik, tetapi apabila mereka meletakkan isu kesamarataan dan penerimaan golongan elgibiti ini sama sekali bercanggah dengan apa yang ingin dibawa oleh agama Islam. Islam menolak sama sekali dengan keras golongan elgibiti ini, namun tidak bermakna Islam mengenepikan mereka bagi mendapatkan rawatan.

Kerisauan kita adalah jika kempen ini dibawa masuk secara total ke dalam Malaysia kerana ianya bertentangan sama sekali dengan nilai murni masyarakat Malaysia yang majoritinya adalah Melayu Muslim. Sebenarnya Malaysia sudah berada di landasan yang betul dalam mengekang HIV menular dengan lebih banyak, di mana kita telah mencatatkan penurunan sebanyak 70% kes jangkitan baru HIV/AIDS dalam 20 tahun kebelakang. Liputan rawatan ubat antiretroviral (ARV) kepada orang yang hidup dengan HIV (ODHA) meningkat daripada 28% pada tahun 2015 kepada 66% pada tahun 2021.

Kita mampu merangka dan merancang inisiatif yang lebih bersesuaian dengan situasi di dalam Malaysia. Langkah pencegahan juga perlu diperhebatkan dengan kempen-kempen yang menolak sama sekali gaya hidup elgibiti dan mengekang penyebaran dan normalisasi aktiviti ini. Tetapi dalam masa yang sama, akses kesihatan dan rawatan tetap diberikan sama rata bagi golongan ODHA. Kerjasama perlu dilaksanakan bersama jabatan agama bagi langkah pemulihan golongan elgibiti dan inisiatif ini perlu diperhebatkan lagi, dengan tidak membiarkan jabatan agama bergerak sendirian tanpa sokongan dari bahagian perubatan sendiri.

Ingatlah Malaysia adalah sebuah negara yang majoritinya mengamalkan Islam. Maka apa-apa kempen yang dibawa oleh barat perlu diteliti dahulu supaya apa yang ingin dibawa di negara kita ini sama sekali tidak bercanggahan dengan norma kita yang sebenar.

Wallahua’lam.

Sumber
https://www.utusan.com.my/luar-negara/2022/12/hubungan-seks-pasangan-gay-kini-bukan-lagi-jenayah-di-singapura/

https://www.unaids.org/sites/default/files/media_asset/global-AIDS-strategy-2021-2026_en.pdf