PENGENALAN I-MEDIK
I-Medik adalah singkatan kepada Ikatan Pengamal Perubatan Dan Kesihatan Muslim Malaysia. I-Medik merupakan badan yang berdaftar dengan ROS [PPM-049-10-29122013] dan di anggotai oleh pengamal perubatan, pergigian, farmasi, jururawat dan pengamal kesihatan sains kesihatan bersekutu yang lain selagi mana berdaftar dengan badan masing-masing.
VISI I-MEDIK
Menjadi organisasi teras bagi membangunkan tamadun perubatan Islam di Malaysia.
MISI I-MEDIK
Mempelopori agenda perubatan Islam berasaskan pembinaan jatidiri, pendidikan, penyelidikan dan aktiviti kemanusiaan.
AKTIVITI I-MEDIK
I-Medik memfokuskan aktiviti kepada beberapa aspek utama;
- Program kemanusiaan – Misi Perubatan ke Gaza, Palestin, Misi Bencana Alam
- Simposium/ceramah – Simposium Fiqh Perubatan, Fiqh Pergigian, Ceramah Kesihatan\
- Pendidikan – Ceramah Motivasi kepada pelajar di dalam dan luar negara, Bengkel Kerjaya, Bengkel Persediaan Pegawai Perubatan Siswazah
- Khidmat masyarakat- Sunathon, Pemeriksaan Kesihatan, Karnival Kesihatan, Program Anak Angkat, Lawatan ke Rumah Kebajikan