Pengenalan
I-Medik, singkatan nama kepada ‘Ikatan Pengamal Perubatan Muslimin Malaysia’ atau dalam bahasa Inggeris ‘Malaysian Muslim Medical Solidarity’ merupakan satu badan yang dianggotai oleh pengamal perubatan, pergigian, jururawat dan pengamal-pengamal kesihatan bersekutu yang lain.
I-Medik sejak ditubuhkan pada 2008, mula bertapak dalam komuniti pengamal perubatan di Malaysia malah di luar negara dan sejak itu terus komited dalam mencapai visi dan misinya.
VISI
Menjadi organisasi teras bagi membangunkan tamadun perubatan Islam di Malaysia
MISI
Mempelopori agenda perubatan Islam berasaskan pembinaan jatidiri, pendidikan, penyelidikan dan aktiviti kemanusiaan


<